MEMILIH JODOH
| Posted in hadis , ibadah , munakahat , perkahwinan
PANDUAN MEMILIH CALON SUAMI ATAU ISTERI
Sudah menjadi tabiat hidup manusia lelaki lawannya perempuan.Sampai waktunya seseorang lelaki akan tertarik hati dengan seorang perempuan.Lelaki yang baik tidak akan melanggar peraturanagama dan adab sopan dalam memenuhi keinginannya.Dia akan mendapat nasihat dan panduan daripada orang-orang yang lebih tahu cara-cara untuk memenuhi keinginannya terhadap seorang perempuan.Begitu juga perempuan yang baik ,dia tidak akan mengikut nafsu atau peresaan sahaja.Dia akan mendapat pandangan dan nasihat daripada keluarganya untuk mencari pasangan hidup.Pemilihan suami atau isteri yang paling utama hendaklah berdasarkan :
- berpendidikan agama dan mengamalkan suruhan agama.
- berakhlak mulia dan sentisa menjaga maruah
- berfikiran terbuka dan menghormati pendapat orang lain
- pandai dan mesra dalam perhubungan
- tabah dan sabar
- jujur,bertanggungjawab dan penyayang
- setaraf atau sekufu dari segi keturunan ,kedudukan, usia dan seimbang dari segi pendidikan
- sihat atau berpotensi melahirkan anak
- memahami prinsip kekeluargaan dan tujuan berkeluarga
- daripada keluarga yang baik(soleh)


