Loading

Wudhu'

| Posted in ,

PENDAHULUAN

Sebagai makhluk yang bersosial ,manusia bukan sahaja dituntut agar bersih dan sihat jasmaninya ,tetapi manusia juga dianjur agar membersihkan rohaninya daripada segala sifat yag cela dan keji. Kedua-dua unsur tersebut sewajarnya dipelihara dan dibersihkan dengan sebaik mungkin.Oleh sebab wudhu' ialah salah satu ibadat yang telah ditentukan oleh Allah Taala ,maka hendaklah diamalkan dengan betul dan ikhlas,kerana menerusi wudhu' proses penyucian kedua-dua unsur tersebut dapat diperolehi .



Sabda Rasulullah s.a.w

"Sesiapa yang berwudhu' untuk melakukan solat diambilnya dengan sempurna,keluar (bersih) dosanya dari tubuhnya hingga keluar dosa dari bawah kukunya."
                                                                ( Riwayat Muslim)

"Wudhu' itu ialah senjata bagi orang yang beriman".

Konsep senjata yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis di atas ialah sebagai pelindung,penjaga atau benteng diri kepada umat Islam daripada perkara-perkara yang membahayakan ,termasuk juga pelindung daripada melakuakan perkara mungkar dan maksiat.Orang yang membiasakan dirinya dalam keadaan berwudhu' ,mereka akan mendapat pemeliharaan dan keredhaan Allah.

Apa itu wudhu'?


Dari segi bahasa , wudhu' bermaksud mengambil air sembahyang,  menurut syarak , wudhu' ialah membasuh anggota-anggota tertentu dengan air yang bersih , berpandukan kepada syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu  dengan niat semata-mata kerana Allah.
Dalam Islam wudhu' ialah ibadat ,dan pelaksanaannya mestilah berdasarkan kepada kaedah yang telah ditetapkan.Orang yang tidak berwudhu' dikenali dengan orang yang berhadas kecil. Antara ibadat yang mewajibkan wudhu' ialah solat , tawaf dan menyentuh Al Quran.Ini bermakna jika solat tanpa wudhu' ,hukumya tidak sah dan menyentuh al Quran tanpa waudhu' hukumnya berdosa.

Dalil Berwudhu'


Surah al-maidah ayat 6(dalil wudhu')
(surah al-Maidah ayat 6)
dalil berwudhu' ialah yang saya 'hightlight' tu..


Hadis Rasulullah s.a.w
"Allah tiada menerima solat mereka yang berhadas sehingga ia berwudhu'"

Apakah kelebihan berwudhu'



  1. supaya umat Islam sentiasa berada dalam keadaan bersih dan suci.
  2. dapet menghilangkan dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh anggota wudhu'
  3. dapat melindungi umat Islam daripada perkara yang tidak diingini
  4. dapat mencapai keberkatan dalam hidup
  5. memudahkan perjalanan seseorang untuk mendapat balasan syurga Allah.
Apakah syarat-syarat wudhu'
  • islam
  • baligh
  • berakal
  • menggunakan air suci lagi menyucikan
  • tidak dihalang oleh sesuatu yang boleh menghalang air sampai ke kulit anggota
  • suci daripada haid dan nifas
Apakah fardhu wudhu'

1.Niat , disertakan ketika mula-mula membasuh sebahagian daripada kawasan muka dan membasuhnya itu dilakukan dengan ada qisad , bukannya secara tidak sengaja .
Lafaz niat wudhu'
                                                              نَوَيْتُ رَفْعَ الْحَدَثِ  الاَصْغَرِ لِلَهِ تَعَالَى
Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala.

2.Membasuh muka meliputi had kawasan muka yang wajib dibasuh iaitu daripada tempat tumbuh rambut dibahagian atas hingga ke bawah dagu dan lebarnya daripada anak cuping telinga kanan hingga anak cuping telinga kiri.

3.Membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku ,sebaiknya bermula daripada hujng jari hinggalah ke siku.

4.Menyapu sebahagian daripada kepala ,iaitu menyapu mana-mana bahagian kepala sama ada yang ada rambut atau tiada.Bagi yang berambutpanjang , penyapuannya hanya sah jika rambut tersebut tidak terkeluar dari had kawasan kepala.

5.membasuh kedua-dua kaki hingga ke buku lali.

6.Tertib iaitu melakukan wudhu' mengikut susunan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Apakah sunat-sunat wudhu'



  1. Memulakan wudhu' dengan membaca Ta'awudz dan Basmalah.
  2. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.
  3. Berkumur-kumur.
  4. Memasukkan air ke dalam  hidung.
  5. Menyapu air ke seluruhan kepala.
  6. Menyapu kedua-dua telinga.
  7. Menyapu janggut yang tebal.
  8. Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada kiri.
  9. Menyelati celah-celah jari tangan dan  kaki.
  10. Muwalat (berturut-turut).
  11. Mengulang basuhan sebanyak 3 kali.
  12. Melebihkan sedikit had basuhan pada anggota muka , tangan dan kaki.
  13. Berdoa selepas berwudhu'.
Doa selepas wudhu'

بِسْمِ الَلَه الْرَّحْمَنِ الْرَّحِيمِ, اَشْهَدُ اَن لاَّ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ ,وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِينَ وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُتَطَهِّرِينَ وَاجْعَلْنِي  مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ.وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمُ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Memgasihani,aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan rasulNya,Ya Allah,jadikanlah aku dari kalangan orang-orang yang bertaubat,orang-orang yang pembersih dan jadikanlah aku dari kalangan hamba-hambaMu yang soleh.

Apakah perkara-perkara yang membatalkan wudhu'?
  1. keluar sesuatu daripada kemaluan depan atau belakang dengan yakin.
  2. tidur yang tidak tetap dua papan punggung.
  3. hilang akal sama ada sebab mabuk ,sakit atau pitam dan sebagainya.
  4. bersentuh kulit lelaki denagn perempuan yang halal dinikahi bagi mereka yang telah ada had syahwat pada uruf.
  5. menyentuh qubul atau dubur manusia dengan tapak tangan atau perut -perut jari.
Apakah perkara yang makruh ketika berwudhu'?

  1. berlebih-lebihan menggunakan air.
  2. membasuh atau menyapu lebih daripada tiga kali atau mengurangkannya
  3. membasuh anggotakiri terlebih dahulu
  4. meminta bantuan orang lain kecuali uzur
  5. mengelap atau mengesat anggota selepas berwudhu'
Apakah larangan-larangan ketika tiada wudhu'?

  1. solat
  2. tawaf
  3. menyentuh al-Quran
  4. membawa al-Quran tanpa berlapik
  5. sujud syukur
  6. sujud tilawah
  7. berkhutbah Jumaat.
wudhu ' lelaki

















wudhu' perempuan                                                                         

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...