Loading

Doa Agar Dibaiki Kesabaran dan Kekuatan dalam Rumah Tangga

| Posted in ,


.رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ
Maksudnya:"Ya Tuhan kami,limpahkanlah kesabaran atas diri kami ,dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir."(Surah al-Baqarah 2:250)

Amalan

Ayat ini merupakan doa orang yang beriman yang menyertai tentera Talut untuk menghadapi tentera Jalut agar Allah s.w.t melimpahkan ke atas mereka kesabaran menghadapi ujian yang berat itu.

Perkataan limpahkan ini menunjukkan betapa diri mereka memerlukan sifat sabar sebagaimana tanah yang kering memerlukan air.Sabar telah dibandingkan dengan air kerana kedua-duanya mempunyai elemen kesuburan yang dibawa bersamanya.(Tafsir al-Sawi)

Setiap rumah tangga pasti akan berhadapan dengan pelbagai masalah walaupun ia kecil.Oleh sebab itu,amalkanlah membaca doa ini untuk menghadapi kehidupan dengan penuh kekuatan dan kesabaran agar rumah tangga yang dibina terus berkekalan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...