Hadis:Amalan Berdasarkan Niat
| Posted in hadis
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar al-Khattab r.a.,beliau berkata:"Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya (sah atau sempurna) segala amalan dengan niat.Sesungguhnya untuk setiap orang apa yang dia niatkan.Oleh itu,sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya,maka hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya.Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau wanita yang akan dikahwininya,maka hijrahnya adalah kepada tujuan dia berhijrah tersebut."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keterangan Hadis
Hadis ini menunjukkan bahawa niat merupakan tunjang bagi mensahihkan amalan.Lantaran itu apabila baik niatnya,maka baiklah amalan tersebut.Jika buruk niatnya,maka rosaklah amalannya.Sabda Nabi s.a.w,:(Sesungguhnya segala amalan) bolah menjadi maksud kesahihan sesuatu amalan atau penerimaan amalan tersebut dan dipegang oleh Imam Abu Hanifah dengan mengecualikan amalan -amalan berbentuk melepaskan tanggungjawab atau hak seperti membersihkan najis.Kesahihan amalan tersebut tidak bergantung kepada niat yang sahih,namun pahalanya bergantung kepada niat melakukan ibadat kepada Allah.Jika dia berniat melakukan amalan kerana melaksanakan perintah Allah,dia memperolehi pahala.Jika dia berniat kerana tujuan lain,dia tidak memperolehi apa-apa.

Niat juga disyariatkan bagi membezakan antara adat(kebiasaan) dan ibadah atau membezakan kedudukan dan martabat sesuatu ibadat.Contoh niat membezakan antara adat dan ibadat:Duduk di dalam masjid.Kadangkala bertujuan berehat dan ini adalah adat(kebiasaan).Kadangkala bertujuan ibadah dengan niat i'ktikaf.Yang membezakan antara adat dan ibadat ialah niat.Begitu juga dengan mandi,jika dilakukannya berdasarkan adat kebiasaan,dengan tujuan membersihkan badan.Ia juga dilakukan dengan tujuan ibadah.Yang membezakannya ialah niat.
Pengertian ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w ketika ditanya lelaki yang berperang kerana riya' ,semangat dan keberanian.Siapakah yang berjuang pada jalan Allah s.w.t.Sabda Baginda s.a.w.: