Loading

Amanah Dituntut Dalam Islam

| Posted in

Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafiq ada tiga, apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkir janji dan apabila diberi amanah ia khianat.”

Dalam satu riwayat, “Meskipun dia berpuasa dan solat dan mengaku bahawa dirinya seorang muslim.”



Huraian Hadith:
Umat Islam dituntut supaya amanah didalam semua aspek kehidupan mereka.

Setiap manusia hendaklah memiliki sifat amanah, kerana dengan adanya sifat amanah seseorang itu akan dipandang mulia.

Sifat amanah itu disukai oleh setiap manusia, oleh itu bersihkanlah diri kamu dengan menanamkan sifat amanah dan kejujuran.

Amanah merupakan kunci kejayaan hidup seseorang. Sebarang usaha dan pekerjaan yang tidak diikuti dengan amanah akan menghadapi kegagalan.

Jauhilah sifat-siat khianat kerana sifat itu membawa kepada lemah iman dan kurang amalan.

Sumber :JAKIM

Komen

Sedang dimuatkan... Sedang log masukkan anda...
  • Log masuk sebagai
Belum ada komen dikemukakan lagi. Jadilah orang yang pertama mengemukakan komen!

Kemukakan komen baru

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...