undefined
undefined
Al Quran dan Kimia
| Posted in al quran , hadis , kebesaran allah
Sesunggunya hubungan al quran dengan sains memang tidak boleh dipisahkan lagi.Bukan kerana Al Quran itu ialah buku sains,tetapi Al Quran ialah mukjizat Allah s.w.t yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk kegunaan manusia sejagat.Malah Al Quran juga mempunyai kaitan yang rapat dengan salah satu cabang dari ilmu sains iaitu kimia.Hubungan Al Quran dengan kimia dapat dilihat dengan penemuan besi di dalam Al Quran iaitu pada surah Al Hadid (Besi) .Malah maksud surah tersebut sudah jelas bermaksud besi.Surah al Hadid ialah surah yang ke 57 yang berada di pertengahan Al Quran.
Menurut para ahli besi,besi ialah unsur yang tidak boleh diciptakan melalui proses semulajadi di bumi ini.Mungkin inilah mengapa besi mempunyai erti khusus sampai dijadikan nama surah.
"Dan kami telah menurunkan besi ,padanya ada kekuatan yang hebat serta berfungsi berbagai manfaat untuk manusia."
( surah al Hadid ayat 25)
Ada satu surah dalam al Quran dalam Al Quran yang memakai nama logam,iaitu Surah al Hadid yang bermaksud besi.dalam nama Latin,besi dikenal sebagai Ferum,Fe.