Aurat ialah bahagian tubuh yang tidak boleh kelihatan atau wajib ditutup menurut hukum Islam.Menutup aurat itu sebahagian daripada syarat sah solat,tidak kira bagi lelaki mahupun wanita.
Secara ringkasnya,aurat bagi wanita dalam solat ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua-dua tapak tangannya.Manakala bagi lelaki pula,auratnya adalah antara pusat dan lutut.Jika diteliti,sebenarnya aurat wanita mahupun lelaki dalam solat itu sama dengan aurat mereka bersama ajnabi walaupun di luar solat.
Anjuran Menutup Aurat Kala Solat
Anjuran agar menutup aurat dalam solat termaktub dalam al-Quran al-Karim.Allah s.w.t berfirman yang bermaksud "Wahai anak-anak Adam!Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat(atau mengerjakan solat)."(Surah al-A'raf 7:31).
Allah mencipatakan tujuh malaikat sebelum menciptakan langit dan bumi.Kemudian ditentukan setiap mereka untuk menjaga pintu-pintu langit.Pada setiap pintu ini,malaikat pembawa amalan manusia akan ditahan oleh mereka untuk memastikan sama ada amalan manusia terbabit diterima atau dapat melalui pintu ke langit seterusnya ataupun sebaliknya.
 |
Doa Berlindung daripada sifat mazmumah |
Kisah ini diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w sendiri.
 |
"Tidak sempurna iman seseorang
daripada kamu sehingga
dia mengasihi saudaranya
sebagaimana dia
mengasihi dirinya
sendiri"
(hadis riwayat Bukhari dan Muslim) |
Abu Hurairah meriwayatkan daripada Baginda s.a.w bahawa ada seorang lelaki yang ingin menziarahi sahabatnya yang menetap di sebuah kampung yang lain.
Maka Allah s.w.t telah menghantar malaikat ke jalan yang dilaluinya untuk memerhatikan lelaki itu.Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggu oleh malaikat itu,malaikat bertanya:"ke mana kamu ingin pergi?"
Akibat Makan tidak Menyebut Nama Allah
Abu Daud mentakhrijkan sebuah hadis daripada Huzaifah r.a.,beliau berkata:"Jika kami menghadiri jamuan makan bersama-sama Rasulullah s.a.w ,maka tidak seorang pun dari kami yang meletakkan tangan(pada makanan) sehingga Baginda yang memulakan.(Suatu hari) ketika kami sedang menghadiri jamuan makan bersama Baginda,tiba-tiba muncul seorang Arab Badwi kelihatan seperti terburu-buru dan terus menghulurkan tangannya kepada makanan.Baginda bertindak memegang tangan orang Badwi itu.Kemudian datang pula seorang hamba perempuan yang sama seperti orang Arab Badwi tadi berburu-buru menghulurkan tangan kepada makanan,lalu Baginda memegang tangan hamba perempuan itu seraya bersabda:
Bergurau senda mampu merapatkan hubungan silaturrahim dan dapat menghiburkan
jiwa .tetapi jika tidak menjaga batasannya ,gurauan boleh mambawa bencana.
Kita senang bersama-sama dengan orang yang suka berjenaka dan bergurau senda.Jiwa yang tertekan boleh terhibur dengan gurauan bersahaja.Gurauan melalui perbuatan,perkataan dan sebagainya dapat menggembirakan dan menggelikan hati orang lain .Perbuatan membuat orang lain berasa senang hati itu termasuk dalam amal kebajikan .
Baginda Rasulullah s.a.w turut berjenaka dan bergurau dengan ahli keluarga dan para sahabat.Bergurau senda dapat membuahkan kedamaian ,kegembiraan, belaian jiwa,keharmonian dan penuh kemesraan jika dibuat dengan cara yang betul.
 |
ketawa pun ada batasannya |
Asal usul keluarganya
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya “MinalMunzharin”.
Seperti halnya Nabi Isa as yang di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dengan Iblis yang di tangguhkan kematiannya sehingga hari kiamat nanti.
Ayah Dajjal seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti paruh burung. Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya.
Antara adab dalam bersilaturrahim ialah
 |
Bertegur sapa salah satu
cara mengeratkan
silaturrahim |
-Wajib bagi sesiapa sahaja untuk mengikhlaskan niat kerana Allah dalam menyambung tali silaturrahim.Janganlah bersilaturrahim kerana tujuan riyak dan sum'ah atau untuk menunjuk-nunjuk di hadapan manusia.
-Hendaklah bersilaturrahim kerana ingin mendapat pahala sebagaimana yang telah Allah janjikan tanpa menunggu balasan yang setimpal daripada manusia.
-Semakin dekat hubungan tali persaudaraan ,maka semakin wajib kita menyambungnya.Rasulullah s.a.w pernah ditanya soalan :"Siapakah orang yang paling berhak digauli dengan baik?" Nabi mengatakan : "Ibumu,ibumu,ibumu,kemudian ayahmu,kemudian yang paling dekat denganmu,yang paling dekat denganmu."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sebelum saya menulis tentang peristiwa bersejarah dalam Islam yang berlaku pada bulan Rejab,terlebih dahulu saya menerangkan info yang lebih lanjut mengenai bulan Rejab ini yang dikatakan mempunyai amalan khusus dalam bulan ini .
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Nama sebenarnya Hamzah bin Abdul Muthalib bin Hasyim, seorang paman Nabi dan saudara sepersusuannya. Dia memeluk Islam pada tahun kedua kenabian, Ia Ikut Hijrah bersama Rasulullah shallallahu alaihi wassalam dan ikut dalam perang Badar, dan meninggal pada saat perang Uhud, Rasulullah menjulukinya dengan “Asadullah” (Singa Allah) dan menamainya sebagai “Sayidus Syuhada”.
Kisah Saidina Hamzah R.A Asadullah (Singa Allah) memeluk Islam bertitik tolak daripada derita.
Derita umat Islam amnya, dan Nabi Muhammad S.A.W. khasnya.
Suatu hari, sedang Hamzah baru tiba dari sesi perburuannya, seorang hamba perempuan mendekatinya,
"Wahai Hamzah, tahukah kamu apa yang telah Abu Jahal lakukan terhadap anak saudaramu Muhammad?"
"Apa yang telah berlaku?"
PENDAHULUAN
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT. Artikel ini saya kongsikan sebagai berita gembira untuk umat Islam, bukan bahan untuk bermegah-megah bahawa umat Islam semakin ramai. Yang penting ialah kualiti seseorang Muslim, bukan kuantiti. Juga yang penting ialah ramai tapi bersatu, bukan ramai tapi berpecah-belah. Selamat membaca. Semoga bermanfaat.
STATISTIK TERKINI UMAT ISLAM SEDUNIA
Penduduk Muslim 2010: Asia Pasifik 1,005,507,000 (62.1%). Timur Tengah dan Afrika Utara 321,869,000 (19.9%). Afrika Sub-Sahara 242,544,000 (15.0%). Eropah 44,138,000 (2.7%). Amerika 5,256,000 (0.3%). Jumlah 1,619,314,000 (100%). Jangkaan Penduduk Muslim 2030: Asia Pasifik 1,295,625,000 (59.2%). Timur Tengah dan Afrika Utara 439,453,000 (20.1%). Afrika Sub-Sahara 385,939,000 (17.6%). Eropah 58,209,000 (2.7%). Amerika 10,927,000 (0.5%). Jumlah 2,190,154,000 (100%) Sumber: Pew Research Center's Forum on Religion & Public Life, The Future of the Global Muslim Population (Washington, DC: Pew Research Center, 2011).
Di antara penyakit itu disebut dalam Surah al-Baqarah ayat 102 (mafhumnya):
“Sesungguhnya orang-orang yang memakan riba’ tidak dibangunkan pada Hari Kiamat melainkan dalam keadaan seperti orang yang telah rasuk oleh syaitan daripada sentuhan yang membawa kepada kecelakaan.”
Istilah yang Allah digunakan dalam ayat tersebut ialah ‘attkhabbut’ yang bermakna dipukul dengan kuat atau dicederakannya.
Surah al-A’raf ayat 201, Allah menggunakan perkataan ‘almass’ yang diantara maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang taqwa itu apabila mereka diganggu oleh syaitan dengan ‘mass’, sentuhan yang boleh membawa kepada kehilangan akal oleh jin-jin yang berkeliaran. Mereka segera ingat kepada Allah SWT, lalu mereka dapat pulih.”
Pengenalan
Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Musa al-Khawarizmi.Beliau ialah seorang ulama' Islam yang terkenal pada abad yang ke-8 Masihi.Beliau dilahirkan di Khawarizm pada tahun 780 Masihi,tetapi tiada tarikh tepat bila beliau dilahirkan.Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi. Beliaulah yang menemukan Al Jabru wal Mukobala. (penjabaran dan penyelesaian). Dinamakan latin menjadi Aljabar.
من صام يو ما من رجب عد ل صيا م شهر
Bermaksud, “ Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Rejab, (ganjarannya) sama dengan berpuasa sebulan”
(Diriwayatkan oleh Khatiib dari jalan Abi Dzar)
Hadits di atas dho’if(dilemahkan) oleh Ibnu Hajar Al- Asqolany telah menjelaskan kitabnya bahwa : Para Ahli Hadits telah sepakat, bahwa Hadits ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As Saa’ib, sedang rawi ini adalah seorang yang Dhai’f(lemah)
Baikpun Hadits ni lemah tidak bermaksud tidak boleh berpuasa di bulan Rejab..
Sifat amanah adalah sifat mulia yang adalah dituntut dalam Islam , oleh itu sebagai seorang mukmin perlu memastikan sifat amanah ada pada diri mereka . Sifat amanah adalah antara sifat yang dituntut oleh Islam iaitu pada setiap orang samada orang bawahan atau orang atasan . Berlawanan dengan sifat amanah adalah sifat khianat. Syariat Islam sangat memberi perhatian berkaitan sifat amanah dan jika kita tak amanah , di akhirat kelak kita akan dipertanggungjawapkan dihadapan Allah dari apa yang kita buat didunia ini . Didunia pun banyak mereka yang tak beramanah menerima hukuman. Disini saya sertakan beberapa ayat ayat Al Quran dan hadis hadis nabi berkaitan sifat amanah yang dituntut oleh agama Islam .
Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafiq ada tiga, apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkir janji dan apabila diberi amanah ia khianat.”
Dalam satu riwayat, “Meskipun dia berpuasa dan solat dan mengaku bahawa dirinya seorang muslim.”
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِه؛وَشَرِّ عِبَادِهِ؛وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيْطَانِ وَأَنْ يَحْضُرُونَ
"Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kemarahan-Nya.siksaan-Nya dan kejahatan hamba-hamba-Nya dan gangguan dari syaitan serta jangan sampai ia mendatangiku.
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا
"Dengan nama-Mu ya Allah,aku tidur dan aku bangkit dari tidur."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Azan merupakan lafaz khusus yang disyariatkan oleh Islam
untuk menyatakan masuknya waktu sembahyang fardhu dan menyeru orang-orang Islam
supaya berkumpul untuk mengerjakannya.
Azan dari segi bahasa ialah “al-i`lam” (pemberitahuan)
atau “an-nida’” (seruan). Ini dapat dilihat di dalam al-Qur’an
sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Pemberitahuan daripada Allah dan RasulNya kepada
sekalian manusia.”
(Surah at-Taubah: 3)
Begitu juga firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan
ibadah haji…”
(Surah al-Haj: 27)
Dari segi syara` pula, azan ialah suatu gabungan
perkataan tertentu untuk mengetahui waktu sembahyang fardhu atau boleh
diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz
tertentu.
Di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah, terdapat 7 golongan manusia yang mendapat perlindungan hebat di padang mahsyar.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah", seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
 |
Kaabah pada waktu malam |
Sejarah Pembinaan Kaabah
Kaabah yakni rumah Allah adalah kiblat di mana seluruh umat Islam menghadapnya ketika menunaikan solat.
Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air 2000 tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.
Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”.
Sebelum Baitul Makmur dicipta, para malaikat tawaf mengelilingi Arasy pada masa yang sangat lama. Allah memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitul Makmur. Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai 70,000 malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-lama.
Mukjizat yang paling besar sehingga ke hari ini adalah al-Quran itu sendiri. Sejak 1400 tahun lalu, al-Quran tetap terjaga keasliannya. Di dalam Quran terdapat rahsia sains moden.
Selain itu mukjizat lainnya adalah ajaran Islam itu sendiri. Sejak 1400 tahun lalu, Nabi Muhammad saw mengatakan bahawa babi dan arak itu adalah haram dan dilarang untuk di makan dan diminum. Sampai sekarang hukum ini tetap dipatuhi oleh ummat Islam walaupun sudah 14 abad berlalu. Berbeda dengan ajaran Nabi Isa yang telah diseleweng dan diubah oleh Paulus.
Selain itu mukjizat yang pernah dilakukan oleh Rasulullah saw dengan izin Allah swt adalah membelah bulan. Adakah ini benar? Mari kita mencari kebenarannya.
Seorang anggota Knesset (parlimen Israel) menyifatkan bahawa persetujuan yang dicapai hari ini antara para tahanan Palestin dengan Jabatan Penjara Israel yang menurut kehendak kesemua tuntutan mereka(tahanan Palestin) adalah noktah hitam kepada Israel.
Kata Mikhael Ben Ara, anggota Knesset yang merupakan pelampau Yahudi mewakili ‘الاتحاد الوطني’, persetujuan yang dimeterai hari ini merupakan noktah hitam kepada Israel.
 |
Naqbah Palestin 15 Mei 1948 |
Pengenalan
 |
Ibn Sina |
Nama sebenar beliau ialah Abu Ali al-Husin bin Abdullah bin Sina.Beliau lebih dikenali sebagai Ibn Sina.Di barat,beliau dikenali sebagai Avicenna.Seorang ahli falsafah dan ahli perubatan Islam yang terkenal di seluruh dunia sejak akhir abad ke 10 Masihi hingga ke hari ini.
Beliau anak kepada Abdullah bin Sina seorang pegawai kerajaan berketurunan Parsi.Dilahirkan di sebuah pekan kecil Asfahan,dalam daerah Bukhara,pada tahun 980 Masihi.Tidak beberapa lama selepas beliau dilahirkan ,bapanya dipindahkan ke kota Bukhara.Disanalah beliau dibesarkan dan dididik mengikut tradisi Islam.
Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti Allah memerintahkan dua orang hamba hadir mengadapNya. Seorang adalah hamba yang taat kepada perintah Allah dan seorang lagi hamba yang derhaka kepada Allah. Kedua-duanya mati dalam keadaan beriman. Lalu Allah menyuruh malaikat Ridhwan membawa orang yang taat itu ke syurga dan memuliakannya dengan firman Allah, “Aku merelakan dia”.
Kemudian Allah memerintahkan kepada malaikat Zabaniyah membawa yang seorang lagi ke neraka dan Allah memerintahkannya disiksa dengan siksaan yang amat pedih. Firman Allah, “Sesungguhnya orang ini adalah peminum arak”.
ISLAM agama yang mencakupi semua aspek kehidupan termasuk perkara membabitkan pemakanan. Tidak dapat dinafikan makanan dan minuman elemen penting dan berharga dalam kehidupan bagi memastikan manusia dapat hidup dengan sejahtera, menjalankan tugasan atau kegiatan hariannya dengan lancar dan memastikan seseorang itu tidak hilang semangat kerana kelaparan.
Anas bin Malik diajar mengucap dua kalimah syahadah oleh ibunya Ghumaisho' ketika masih usia kanak-kanak .Sanubarinya dipenuhkan ibunya dengan rasa cinta terhadap Nabi Muhammad s.a.w.
Anas dilamun cinta mendengar kisah Nabi s.a.w.Bukanlah pelik ,ada kalanya hati rindu ingin mendengar berita walaupun mata masih belum melihat lagi bertentang.
Anak ini amat bercita-cita untuk menjejaki Nabi s.a.w di Mekah,atau kalau boleh Rasul s.a.w yang agung datang ke Yatsrib agar dia gembira dapat melihatnya dan girang bertemunya.
Mari kita singkap makna sebenar Hari Ibu / Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”
Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.
Dari Abu Dzar berkata,Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
Diperlihatkan padaku seluruh amal kebaikan dan keburukan kaumku,maka aku temukan dalam kebaikan amal mereka ialah menyingkirkan gangguan di jalanan.
Apaakah perbuatan menyingkir gangguan di sepanjang perjalanan ialah kewajipan seorang muslim dan sebahagian dari akhlak seorang muslimah?
1. Menghilangkan hijab (penutup)
Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.
DALAM DIRI KITA TENTANG SYAITAN...
15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita :
- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan “ALLAH”
- putus asa daripada rahmat “ALLAH”
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu sedang mereka mengenai (salahnya perbuatan yang demikian).” (al-Baqarah: 146)
Kelebihan Surah al-Fatihah
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
"Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"
Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
"Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."
- Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
Hukum Tidur Lepas Subuh
Sabda Nabi:
Maksudnya:berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.(riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)
**Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:
"Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?
Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas:
Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:
"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. "
Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"
Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."
Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."
Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"
Keluarga yang taat kepada Allah ialah idaman hidup semua orang.Idaman mulia tersebut harus dibina melalui teladan ketua keluarga yang taat.Keinginan memiliki keturunan yang baik itu bukan sahaja timbul dari keluarga yang taat,tetapi juga bersemayam dalam hati ketua keluarga yang kurang pengamalan agamanya.Betapa banyak ayah yang jarang solat ,sering meninggalkan puasa dan sebagainya,namun mereka mengharapkan agar anak isterinya menjadi orang baik-baik dan melakukan solat.
Nabi Adam ialah bapa manusia , bagindalah manusia pertama di dunia ini.Kita wajib menghormati Nabi Adam dan Hawa ,mendoakannya melalui ibu bapa.Nabi Adam bagaikan Nabi Yusuf juga,sebelum ia ditugas dengan tanggungjawab berat dan mulia ,terlebih dahulu diuji dan dicuba.Ketika Adam melanggar larangan Allah,iblis turut terlibat.Ketika Adam dan Hawa bertaubat dan mengaku kesalahan ,iblis bertindak sebaliknya ,menentang ,dan mengancam memusuhi Adam dan keturunannya sampai kiamat.